Tuesday 14 July 2020

QORBAN 1441H

Pelaksanaan ibadah qorban menjadi suatu kemestian bagi yang pernah merasai manisnya ibadah tersebut, lebih-lebih lagi apabila kita tahu daging yang kita sedekahkan dinikmati oleh golongan yang amat menantikan saat ini, mereka tidak mampu untuk membeli daging segar yang dijual kerana harganya mahal, malah ada yang tidak pernah merasai manisnya daging kecuali saat Qorban ini.

Ketika negara dan dunia dilanda pandemik COVID-19, pelaksanaan ibadah ini menjadi sukar kerana perlu dipatuhi S.O.P yang ketat bagi memastikan penularan wabak tidak berlaku, ada setangah masjid dan surau mengambil pendekatan tidak melaksanakan ibadah Qorban ini dan ada sesetengah individu yang melaksanakan ibadah ini di luar negara. Malangnya apabila ramai yang menyertai Qorban di luar negara pembahagian daging Qorban di dalam negera makin berkurangan sedangkan ramai rakyat malaysia yang masih memerlukan daging Qorban untuk dirasai sempena AidilAdha ini. Cuba bayangkan sebuah kampung di Kemboja yang mempunyai 500 orang penduduk dan penyertaan Qorban di sana hampir 40 ekor lembu, dan kita dapat bayangkan lambakan daging terdapat di negera tersebut.

Oleh itu, pihak Persatuan Pengajian Tafaqquh Fiddin tidak melepaskan peluang ini semata-mata kerana pematuhan terhadap S.O.P yang ketat malah kami cuba untuk melaksanakan ibadah tersebut dengan kerjasama dari pihak Masjid Jamek Pekan Sg. Buloh, Alhamdulillah tahun ini kami akan korbankan 10ekor lembu dan 5 ekor kambing, dan daging akan diedarkan ke seluruh penduduk kg. melayu sg. buloh yang beragama islam,

Marilah sama-sama kita berdoa agar majlis ini dapat dijalankan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

REHLAH KE KOTA KINABALU & KUNDASANG

  MAKLUMAT REHLAH TARIKH : 30 OGOS 2023 - 2 SEPTEMBER 2023 (CUTI SEKOLAH) TENTATIF PERJALANAN DAY 1 : JELAJAH KUNDASANG & TAMAN KINABALU...