Wednesday 1 July 2020

KEMBALI BEROPERASI

Alhamdulillah, tiada ungkapan yang paling bernilai dan berharga selain ucapan ALHAMDULILLAH selepas setelah sekian lama terhenti kelas pengajian akibat pendamik COVID-19.

ia akan menjadi sejarah kepada anak cucu yang akan datang, perkara sebegini tidak dapat dihalang dan disekat dengan kuasa manusia, semua ini berada dibawah perancangan Allah yang maha sempurna, kita hanya hamba yang perlu menunjukkan kepatuhan kepada segala kehendaknya walaupun perkara sebegini tidak diingini oleh hambanya.

apabila seseorang itu mengiktiraf dirinnya hamba nescaya dia tidak perlu merungut atau mengeluh akibat dari apa yang berlaku, sesungguhnya hasil dari pandemik yang melanda dunia hari ini sepatutnya mendekatkan kita dengan Pencipta ALam ini.

pada tarikh 2 Julai 2020 pondok tafaqquh memulakan pengajian secara rasmi dan diteruskan dengan kuliah kuliah yang seterusnya setiap hari. moga dengan wujudnya kuliah pengajian seperti ini dapat mendekatkan kita dengan Allah taala lantas menjadikan kita hamba ALlah yang paling bertakwa.











No comments:

Post a Comment

REHLAH KE KOTA KINABALU & KUNDASANG

  MAKLUMAT REHLAH TARIKH : 30 OGOS 2023 - 2 SEPTEMBER 2023 (CUTI SEKOLAH) TENTATIF PERJALANAN DAY 1 : JELAJAH KUNDASANG & TAMAN KINABALU...