Sunday 9 June 2019

JIHAD EKONOMI, APA ERTINYA?

Apabila disebut jihad sudah tentu perlukan pengorbanan dari orang yang berjihad. Oleh itu, kita mestilah faham dan mengerti kenapa disebut jihad ekonomi... secara ringkasnya ia membawa erti melakukan pengorbanan untuk membangunkan ekonomi orang islam

Hari ini apabila orang kata : "aku tak mau beli la produk muslim ni, harga mahal" sebab apa dia kata macam tu, kerana dia tak faham jihad, sebab mahal tu la kena jihad, beli jugak sebab dia muslim.

Ada lagi orang kata "aku tak mau beli produk ni, kurang kualiti" peniaga pun kena jaga kualiti juga kerana itu adalah jihad.

Pembeli dan pengeluar muslim mesti berjihad, bagi pembeli kena juga membeli barangan muslim dan untuk pengeluar perlu memastikan segala produk yang dihasilkan berkualiti dan setanding dengan produk lain yang berada dipasaran.

Ramai juga yang kita dapati orang kafir mengambil kesempatan atas jenama muslim, pengeluar cina tapi guna logo muslim dan nama muslim, contohnya : bihun cap masjid, 

Begitu juga kedai nasi kandar, mereka guna nama muslim sedangkan taukey adalah india kafir, semua ini kerana untuk mengaburkan mata orang islam yang terpedaya dengan jenama dan nama muslim sedangkan kita tidak peduli siapa yang berada dibelakang kedai dan produk tersebut. Dengan ini, kita perlu selangkah lagi berjihad iaitu mengenal pasti siapa taukey kedai dan produk tersebut dan beri kesedaran kepada orang islam yang lain agar jangan terpedaya dengan jenama dan nama tersebut.

Kita beli barangan yang dikeluarkan oleh orang kafir, sedangkan mereka setiap masa dan saat menghina dan menghentam agama islam, orang islam dan undang-undang islam. Pada saat ini kalau kita masih berdiam diri maka itu bukti iman telah tiada dalam jiwa kita, paling kurang kita JIHAD EKONOMI untuk melemahkan ekonomi kuffar...

Jom ubah walaupun 1% peratus dari barangan yang kita guna kepada produk muslim, moga Allah bantu kita untuk ubah kepada 100%

















No comments:

Post a Comment

REHLAH KE KOTA KINABALU & KUNDASANG

  MAKLUMAT REHLAH TARIKH : 30 OGOS 2023 - 2 SEPTEMBER 2023 (CUTI SEKOLAH) TENTATIF PERJALANAN DAY 1 : JELAJAH KUNDASANG & TAMAN KINABALU...