Wednesday 5 February 2020

"KEMBARA JEJAK KEAJAIBAN BUMI MESIR"

Mesir adalah salah satu destinasi utama para pelajar Malaysia menimba ilmu keislaman. Ia juga menjadi teratak pelancongan tersohor kerana penuh dengan tinggalan sejarah dan peradaban yang berharga. Contohnya monumen-monumen dan kesan-kesan sejarah peninggalan peradaban Firaun, Romawi, dan peradaban Islam.

Menjejakkan kaki ke Mesir bukanlah satu perkara yang mustahil dengan kesungguhan dan cinta akan bumi yang termaktub dalam Al-Quran ini mendorong saya melakukan kembara jejak para wali di bumi Mesir ini.

Di setiap tempat-tempat yang bersejarah yang akan dilawati di Mesir, terkandung pelbagai perasaan, pemikiran, suasana, latar, masyarakat, episod menarik dan nilai untuk diamati bersama.

Allah SWT berfirman:

Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan sekeluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf, Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu-bapanya, sambil berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, InsyaAllah kamu berada dalam keadaan aman.”
Surah Yusuf : Ayat 99

Jom mengembara bersama kami dalam misi Jejak keajaiban bumi mesir dan mengetahui keajaiban tersebut sehingga bumi ini disebut beberapa kali di dalam Al-Quran dan tazkirah yang akan disampaikan oleh Ust. Dr. Irfan Rusdy Al-Azhari (Pengasas Pondok Tafaqquh Fiddin Sg. Buloh, Selangor)

Tempat Terhad

πŸ”₯ANTARA TEMPAT YANG AKAN DILAWATI πŸ”₯
1. Semenanjung Sinai
Semenanjung Sinai adalah satu lokasi berbentuk segitiga yang terletak di antara laut Mediterranean dan Laut Merah. Antara tarikan utama di sini adalah Bukit Thursina, Telaga Nabi Musa dan Nabi Ayyub, dan banyak lagi.

Tentang Bukit Thursina atau Jabal Musa, bukit ini berketinggian 2285 meter dan menyimpan tiga sejarah agama iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam.

Image result for semenanjung sinai

Image result for semenanjung sinai

Image result for semenanjung sinai

2. Piramid Giza
Terdapat tiga Piramid yang terkenal di Giza iaitu Piramid Cheops, Chepren dan Mycerinos. Piramid ini terbina pada 2690 SM oleh pemerintah Raja Cheops. Menurut cerita penduduk Mesir, piramid ini dibina oleh hamba-hamba abdi istana bagi menyimpan mayat-mayat dan harta karun Firaun.

Apakah yang menarik melihat piramid atau makam firaun ini? Jika diteliti piramid menceritakan pada saya tentang betapa buruknya azab yang ditimpakan Alah kepada kaum firauan yang mengaku tuhan dan pembesarnya yang merangka pembinaan piramid iaitu Imhotep atau Haman.

Image result for piramid

Image result for piramid

3. Matrouh Siwa
Marsa Matrouh adalah sebuah ibu kota yang terletak di kawasan pantai Mediteranean menuju ke barat Mesir. Manakala Siwa pula adalah kota yang bersempadan dengan Libya dan berdekatan dengan Matrouh. Di sini terdapat Pantai Agiba yang terkenal dengan pantai tujuh lapisan warna. Sesiapa yang melihat keindahannya pasti berasa takjub akan alam yang diciptakan Allah SWT seraya dapat menghampirkan diri kepada-Nya.

Image result for pantai agiba


4. Qal’ah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi
Qal’ah atau Kubu Salahuddin Al-Ayyubi terletak berhampiran medan Saiyiddah Aisyah. Sejarah mencatatkan kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi dalam mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171M. Baginda memerintah selama 22 tahun di samping membina kubu pertahanan ini yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh.
Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu ini dan pengunjung yang tiba merasakan seolah-olah berada di zaman empayar Islam. Di bahagian utara kubu ini, terletaknya Masjid Muhammad Ali yang diperbuat daripada mar-mar dan granit. Masjid ini mempunyai persamaan dengan seni bina dan ukiran masjid di Turki.

Image result for kubu sultan salahuddin

Image result for kubu sultan salahuddin

Image result for kubu sultan salahuddin

5. Maqam Para Nabi, Sahabat & Para Solihin
Terdapat banyak maqam para-para nabi dan para solihin di bumi Mesir. Antaranya maqam Saidina Hussein, Nabi Danial, Abu Darda’, Luqmanul Haqim, Nabi Soleh dan Nabi Harun, Ibn Athai’illah, Imam Syafi’e, cucu-cucu Nabi dan ramai lagi.

Antara makam yang terkemuka di Mesir adalah makam Pahlawan Bahsana. Makam ini merakamkan kisah perjuangan para sahabat dan keluarga Nabi serta para tabi’ tabi’in yang mati syahid semasa menyebarkan ajaran Islam di bumi Mesir.

Image result for makam nabi danial

Image result for makam nabi danial alexandaria

Image result for makam imam syafie

Image result for makam ibnu athaillah

Image result for makam abu abbas almursi

6. Bibliotheca Alexandrina
Bibliotheca Alexandrina adalah perpustakaan pertama dan terbesar di dunia.

Di Mesir, terdapat sebuah perpustakaan pertama dan terbesar di dunia didirikan pada tahun 323SM dikenali sebagai Bibliotheca Alexandrina atau Perpustakaan Iskandariah. Perpustakaan ini bertahan selama berabad-abad dan memiliki koleksi 700.000 gulungan papyrus. Simbol peradaban Mesir ini telah melahirkan ilmuwan besar seperti Archimides, Euclide, Kalimakhus, Hypatia, Apollonius dan sebagainya.

Setibanya di dalam perpustakaan ini, saya tertarik dengan pameran-pameran bersejarah yang dipamerkan seperti mesin percetakan buku pertama di Mesir terbitan Bulaq Press, seni kaligrafi tulisan Arab dan beraneka galeri yang menceritakan perihal sejarah Mesir.

Image result for Bibleotheca Alexandria

Image result for Bibleotheca Alexandria

Image result for Bibleotheca Alexandria

7. Sungai Nil
Sungai Nil  cukup popular kerana menjadi sungai yang terpanjang di dunia. Ramai yang menyinggah di sini untuk aktiviti menaiki bot dan kapal sambil menghirup angin sepoi-sepoi bahasa dan menatap hiasan-hiasan lampu neon pada malam hari.

Image result for sungai nil

Image result for sungai nil

Image result for sungai nil

8. Benteng Asyrah Qait Bay
Benteng ini dibangun oleh Sultan dari dinasti Mamluk, Sultan Al Asyraf An Nashr Syaifudin Qaitbay, berfungsi untuk menahan serangan yang akan masuk ke Mesir.

Qaitbay adalah sultan ke 18 dinasti Mamluk yang berkuasa antara tahun 1468 – 1496 M. Sebelum menjadi sultan, Qaitbay adalah seorang hamba yang dibeli oleh Al-Asyraf Berbay dan dimerdekakan oleh Sultan Djaqmaq.

Image result for kubu qaitbay

Image result for kubu qaitbay

9. Pantai Montaza Dan Istana Raja Farouq
Pantai Montaza adalah sebuah tempat kunjungan raja-raja Mesir di musim panas sebelum berlakunya revolusi penggulingan kuasa beraja. Di dalamnya terdapat Istana Raja Farouq, raja terakhir yang memiliki dan memerintah Mesir.

Seni bina istana ini sangat unik dan halus namun tersirat sejuta maksud terutamanya pada besi-besi dan tombak-tombak yang tajam di setiap menara tersebut. Ia ditafsirkan sebagai lambang kezaliman semasa pemerintahannya.

Image result for montazah gardens

Image result for montazah gardens

10. Masjid Al-Azhar
Masjid Al-Azhar adalah Pusat keilmuan Islam tertua di dunia. Masjid ini dinamakan dengan Al-Azhar bersempena nama anak kesayangan Rasulullah SAW iaitu Saidatina Fatimah Zahra RAH.

Terlalu banyak sumbangan Al-Azhar kepada dunia seperti menghasilkan tokoh ulama dan ilmuan, memelihara pusaka islam dan Arab, menyatupadukan ummah dan banyak lagi.

Image result for masjid azhar

Image result for masjid azhar

11. Masjid ‘Amru al-As
Singgah sahaja di Masjid ini, saya berasa sungguh kagum dengan panglima agung Islam iaitu ‘Amr Al-As. Ketika pertama kali beliau menjenjakkan kaki di Mesir, beliau mendirikan Masjid ini bersama bala tenteranya pada tahun 19H/640M.

Masjid ini adalah masjid pertama di Mesir dan di benua Afrika. Khalifah Umar Al-Khattab memberi tanggungjawab besar kepada ‘Amru Al-As untuk membina masjid ini apabila tiba di Mesir dengan tenaga kerja yang lebih 60 orang sahabat Rasulullah SAW.
Pada peringkat awal, Imam As-Syafi’e memulakan pengajiannya di sini dan masjid ini menjadi Pengajian Tinggi Islam pada zaman pemerintahan Al-Aziz Billah sebelum aktiviti keilmuan berpindah ke Masjid Al-Azhar.

Image result for masjid amru al as mesir

12. Masjid Saidina Husain R.A (cucu baginda nabi)
Di dalam masjid ini ada kubur yang menempatkan kepala sayyidina husain R.A setelah dipenggal kepalanya dalam peristiwa karbala.

Image result for makam saidina hussein

Image result for masjid saidina hussein

13. Universiti Al-Azhar
Universiti yang tertua di dunia yang melahirkan ramai ulama' dan pemikir islam  yang hebat.

Image result for universiti al azhar



πŸ”₯KENAPA PERLU JOIN TRIP KAMI ?πŸ”₯
- Harga Termasuk Visa πŸ›‚
- Temasuk tiket pergi balik ✈
- Penginapan yang selesa di hotel 3 bintang 🏒
- Makan 🍽 minum 🍻 ikut selera arab dan melayu (sarapan, makan tengahari dan malam)
- Bertemu dengan pelajar malaysia di mesir dan berkemungkinan kena adik beradik
- Tour guide berpengalaman πŸ‘³‍♀
- Tazkirah di dalam perjalanan 🎀
- FREE GIFT πŸ”₯

Senang citer, memang kami buat pakej ni all-in ✔..Jadi korang semua tak perlu risau.. Cuma bawa duit belanja πŸ’°πŸ’°πŸ’° untuk shopping je πŸ‘’πŸ‘ ..

Haa macam seronok kan ?

Berapa lama nak duduk di sana?
9Hari 8 Malam

Bila tu nak pergi? anda boleh pilih tarikh di bawah
2-10 Julai 2020 (musim panas)
21-29 November 2020 (musim sejuk)

πŸ”₯MACAM MANA PULA DENGAN HARGA ?πŸ”₯
Haa ni yang kami tak sabar nak bagi tahu ni.. Harga untuk keseluruhan pakej ni bukan RM10 ribu,
bukan RM9600
dan juga bukan RM8800..

PERCAYA ATAU TIDAK,
Pakej ini hanya serendah  RM6600 sahaja..
Dah la makan minum free 🍽, banyak tempat lawatan 🏰, siap dapat free gift 🎁 lagi. Harga pula murah-murah. Memang rugi la kalau ada yang tak grab πŸ’†.

Lagi satu berita baik untuk semua πŸ‘€ ahli Persatuan Pengajian Tafaqquh Fiddin, korang semua dapat special price tau iaitu RM6490 sahaja per pax πŸ™‹.

So korang tunggu apa lagi tu, takkan nak tunggu sampai seat da habis kan.. Memang menangis tepi bucu pintu la nanti.

πŸ”₯MACAM MANA NAK BOOKING & BUAT BAYARAN? πŸ”₯
Ni korang tak perlu risau, sebab kami menawarkan pakej 2 kali bayar. Korang hanya perlu bayar RM3000 sahaja sewaktu pendaftaran. Baki selebihnya boleh dibayar dalam tempoh 3 minggu sebelum trip.

Macam mana?
Berminat ke berminat ?

Jangan buang masa lagi dan terus pm πŸ“² kami laju-laju.

Berminat boleh pm Ustaz Dr. Irfan
http://www.wasap.my/60134713100/Mesir
www.wasap.my/0134713100
http://www.wasap.my/60134713100/Mesir
www.wasap.my/0134713100
http://www.wasap.my/60134713100/Mesir
www.wasap.my/0134713100

Nak pesan ni, promosi ni terhad untuk 40 orang sahaja tau. Laku keras macam pisang goreng pula tu...

Jadi, sesiapa yang dah mula rasa teringin tu boleh la cepat-cepat pm kami sebelum terlambat.

Anjuran :
Persatuan Pengajian Tafaqquh Fiddin
Sungai Buloh

REHLAH KE KOTA KINABALU & KUNDASANG

  MAKLUMAT REHLAH TARIKH : 30 OGOS 2023 - 2 SEPTEMBER 2023 (CUTI SEKOLAH) TENTATIF PERJALANAN DAY 1 : JELAJAH KUNDASANG & TAMAN KINABALU...